

Lapan bulan yang lalu CS Brunei di awal penubuhan nya telah diberi kepercayaan untuk menjadi jurugambar rasmi & peribadi bagi satu acara yang terbesar iaitu Istiadat Perkahwinan DiRaja di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari. Pada ketika itu tenaga kerja CS Brunei hanyalah berbekalkan dengan tenaga 2 orang jurugambar sahaja iaitu Ahim Rani dan Adi-Putera. Untuk membuat liputan istiadat terbesar ini, tenaga dari 2 orang jurugambar mungkin tak akan terungkayah, oleh itu CS Brunei telah meminta bantuan dari CS Malaysia bagi menghantar 3 orang jurugambar dan 1 orang pereka grafik yang diketuai oleh pengasas nya Saiful Nang bagi memantapkan lagi tenaga kerja yang sedia ada. Dan hasil nya gabungan antara dua negara ini telah menyaksikan satu teamwork yg luar biasa dan sangat mengagumkan.
Berbekalkan pengalaman yang dilalui lapan bulan yang lalu, sekali lagi gabungan kerja dari CS di kedua Negara ini diaktifkan kembali bagi merakam majlis perkahwinan selebriti terkenal Malaysia.
CandidSyndrome telahpun menjadi pilihan rasmi Ning Baizura sendiri setelah diperkenalkan oleh seorang pereka tersohor Malaysia, Jovian Mandagie. Ning dan Chris berpendapat, gambar CS ada magik yang boleh buat orang menangis, ketawa, bersedih dan ceria. Dengan itu, beliau secara rasminya melantik CS sebagai jurugambar rasmi tunggal beliau kira-kira 6 bulan lepas.
Untuk Majlis Perkahwinan Ning, CS Brunei yang diketuai oleh Ahim Rani besama-sama 2 orang associates nya (Hairol & Syafie) memperkuatkan lagi team seramai 10 orang termasuk 2 orang junior photographers dari CS Malaysia. Hanya pada majlis-majlis besar sebegini, bilangan jurugambar dapat membantu dalam memberikan kepelbagaian sudut fotografi. Tetapi, cabarannya ialah…TEAMWORK SPIRIT. Ramai orang ambil gambar dan berkehendakkan gambar yg terbaik untuk diri sendiri. Tapi tidak dalam team. Koordinasi adalah sepenting coreografi & juga konduktor okestra. Seperti okestra, setiap pemain sudah hebat dengan skill masing2 tetapi konductor perlu ada untuk menguruskan menjadi satu susunan musik yang terbaik. Fotografi team juga begitu. Dalam cabaran ini, disiplin sangat lah kritikal.
Sekarang, CS Brunei telah mempunyai team yang kuat, bertulang-belakangkan jurugambar tempatan. Di samping menerima tempahan bagi acara Perkahwinan Melayu, CS Brunei juga menerima tempahan bagi Majlis Perkahwinan mesyarakat Tiong Hua dan bangsa-bangsa yang lain.
Untuk tempahan dan konsultasi, sila hubungi Ahim Rani di talian +673 8880639; +673 8600374 atau email brunei@candidsyndrome.com











